Mak ai, bukan calang-calang usaha yang dijalankan oleh persatuan World Wide Fund for Nature (WWF) untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan hidup spesis-spesis haiwan yang mereka anggap sebagai terancam. Pada bulan November yang lalu, pihak WWF telah memindahkan sejumlah badak sumbu ke kawasan konservasi yang dikhususkan untuk menggalakkan pembiakan badak sumbu. Sejumlah 140 badak sumbu telah dipindahkan semenjak bermulanya program pembiakan badak sumbu yang dijalankan oleh WWF. Usaha mereka boleh dianggap sangat luar biasa kerana sanggup mengangkut badak sumbu terbabit dengan menggunakan helikopter.
Alasan yang mereka berikan adalah, tempoh masa penggunaan ubat bius lebih singkat jika dibandingkan tempoh bius yang agak lama jika menggunakan lori. Alasan yang digunakan seems legit..
Admin pun tak penah naik helikopter, bertuah badan si badak dapat naik helikopter :p
source: dailymail