Semangat manusia untuk mencari rezeki yang halal sangat-sangat admin kagumi. Demi mencari sesuap nasi dengan cara yang halal, sekelompok rakyat Indonesia dengan komitednya menempa risiko hampir setiap hari dengan bekerja untuk mengutip sulfur yang hanya terdapat di dalam kawah gunung berapi. Kawah Ijen, itulah nama kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi. Didasar kawah ini, terdapatnya tasik yang mengandungi banyak sumber sulfur. Percaya atau tidak, kawah ini menjadi sumber pendapatan kepada 300 orang pekerja indonesia yang mencari sulfur setiap hari dengan hanya berbekalkan bekas yang diperbuat dari rotan. Untuk sampai ke dasar kawah ini, mereka perlu berjalan untuk jarak yang sangat jauh, iaitu 4 Km. Jarak perjalanan yang jauh tidak menghalang mereka dari membawa pulang 120Kg sulfur untuk dijual kepada peraih..
source: Ismail