3/11/14

terhempas dari ketinggian 10 000 kaki dan masih hidup (12 gambar)

tokeycincai
Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan oleh perkhabaran berkenaan insiden pesawat milik Malaysia Airline System (MAS) yang menggunakan kod penerbangan MH370 . Menurut jumlah rasmi yang diterima dari pihak MAS sendiri, lebih kurang 239 orang menaiki penerbangan terbabit. Dikhuatiri, kemungkinan pesawat terbabit untuk terhempas adalah amat tinggi. Selalunya, kisah kapal terbang terhempas pasti akan berakhir dengan kadar korban yang tinggi. Tapi tahukah anda, pada tahun 1971, seorang budak telah terhempas di tengah hutan belantara dan hidup berseorangan di tengah hutan selama 11 hari secara berseorangan sebelum berjaya diselamatkan.

Julianne Koepcke yang pada waktu itu berumur 17 tahun telah terlibat dengan kemalangan kapal terbang yang telah mengorbankan nyawa ibu beliau dan juga semua para penumpang didalam pesawat terbabit. Julianne yang kini berumur 58 tahun menceritakan bahawa beliau telah jatuh dari ketinggian 10 000 kaki dengan diri beliau terikat pada kerusi beliau oleh tali pinggang yang beliau pakai. Setelah kapal terbang tersebut terhempas, beliau telah berjalan dan berenang merentasi sungai secara berseorangan selama 11 hari sebelum beliau ditemui. Semua ini berlaku dihutan belantara yang terletak di Lima, Peru. 

Tatkala semua harapan telah musnah. Semustahil manapun sesuatu keadaan itu untuk berjaya kita harungi. Yang menentukan berjaya atau tidak seseorang itu untuk selamat adalah 100% bergantung kepada ketentuan Allah. Jadi, dengan berdoa kita mampu menjadikan Allah berkenan dengan permintaan kita dan seterusnya merubah nasib yang kita manusia anggap mustahil untuk kecapi. 

Kami di Blog Cincai Aje bersama anda semua memohon ke hadrat Ilahi semoga semuanya selamat-selamat sahaja buat mereka yang berada di dalam penerbangan MH370. Amin..














tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template