Nak hidup bukannya senang. Kita kena usaha sungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita. Seorang jurugambar bernama Daniel Berehulak dan rakannya Mark Magnier telah melaporkan tentang situasi semasa di Lembah Jaintia di India yang berkaitan dengan penggunaan buruh kanak-kanak yang berleluasa disana. Lembah ini terletak di Meghalaya.
Dianggarkan sebanyak 1000 orang kanak-kanak semuda 8 tahun sedang bekerja di lombong arang batu di Lembah Jaintia. Kehidupan yang miskin dan upah yang lumayan oleh lombong arang batu telah menyebabkan kanak-kanak ini meninggalkan alam persekolahan mereka semata untuk mencari sesuap nasi. Lombong arang batu ini sebenarnya mempraktikkan undang-undang yang melarang kanak-kanak dari bekerja disini, tapi biasalah kan, undang-undang ni boleh dimanipulasi oleh orang yang berkenaan.
Kelemahan didalam fasal undang-undang digunakan sebaiknya oleh pihak yang berkepentingan. Biasa lah, upah gaji manusia lagi murah dari kos operasi menggunakan mesin.