Sejauh manakah anda sanggup berusaha untuk menghalang anjing dari masuk ke kawasan tanah milik anda?. Sudah pasti anda akan berusaha bersungguh-sungguh bukan..
Tapi..Admin jamin usaha anda tidak akan sedahsyat seperti ini hahaha.
Ok. Di Australia, pagar penghalang anjing telah dibina dari Jimbour di Darling Downs berdekatan Dalby sehingga beribu-ribu kilometer merentasi kawasan kering kontang kearah Barat semenanjung Eyre. Pagar ini telah dibina pada semenjak 19 kosong-kosong-an untuk memastikan anjing liar yang digelar dingoes dari memasuki kawasan subur yang mengandungi kambing biri-biri serta lembu gemuk milik para peladang. Percaya atau tidak, jarak pagar ini adalah 5,614 kilometer panjangnya. Ia merupakan antara binaan paling panjang didunia. Jika rakyat China sanggup membina tembok China sepanjang 29,000 Kilometer kerana takutkan pencerobohan Monggol, rakyat Australia pulak pasti sangat-sangat takutkan dinggo ini sehingga sanggup membina pagar yang sangat panjang. Panjang sebenar pagar ini adalah 8,614 Kilometer, tetapi atas sebab-sebab tertentu ia telah dipendekkan menjadi 5,614 Kilometer sahaja.
Dahsyat sungguh..
via: wikipedia thargotourism