Pekan Viganella adalah sebuah pekan kecil di Itali yang terletak jauh didasar lembah. Jaraknya dari bandaraya Milan adalah 130Km. Lokasi pekan ini yang sangat dalam didasar lembah telah menyebabkan ia kehilangan pancaran matahari secara terus selama 3 bulan berturut-turut. Setiap tahun pada 11 November, matahari akan hilang terus dari pandangan penduduk pekan dan hanya muncul semula pada 2 Febuari tahun berikutnya. Penduduk disini pasrah menerima nasib mereka kerana perkara ini bukan baru pada mereka, ia telah terjadi semenjak mula-mula pekan ini ditubuhkan.
Namun begitu pada tahun 2005, nasib 200 orang penduduk pekan Viganella berubah apabila para jurutera tempatan telah mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah turun temurun ini. Pada tahun 2005, Datuk bandar Viganella telah memberi sokongan untuk pembinaan cermin pemantul cahaya yang berjumlah 100,000 Euro. Duit ini adalah hasil sumbangan orang ramai.
Akhirnya, cermin besar kawalan komputer telah di pasang di kawasan bertentangan dengan pekan Viganella ini. Ia mampu untuk memantulkan cahaya seluas setengah Kilometer dan memastikan kawasan seluas 300 Meter terang sepenuhnya dengan cahaya matahari.
Usaha yang dasyat..
via: BBC