Manusia sangat suka untuk memiliki emas. Bagi mereka, emas yang banyak melambangkan bertapa kayanya si pemilik emas. Terdapat banyak cara untuk menyimpan emas, samada melalui bank, simpanan rumah dan juga dipakaikan kepada isteri dan anak-anak si pemilik emas. Namun begitu, sebuah masyarakat di Mexico, telah mengangkat tahap pemakaian emas kepada suatu tahap yang sangat ekstrem. Untuk menunjukkan mereka adalah sangat kaya, mereka melekatkan emas dan batu permata kepada kumbang peliharaan mereka. Kumbang dari jenis Yucatet ini pula akan dibuat sebagai rantai dan dipakai dileher mereka semasa majlis-majlis keramaian. Di waktu lain pula, kumbang ini akan dilayan seperti binatang peliharaan lain. Amalan pemakain kumbang yang diberi nama komersial "Makech" ini telah dilakukan semenjak berkurun lamanya. Amalan ini diwarisi dari kaum maya yang terkenal dengan lagenda gunung emas milik bangsa mereka.Saksikan kumbang-kumbang peliharaan milik para peminat barang kemas Makech.
Ingatkan anak mami je suka emas banyak. Rupanya ada lagi yang lebih suka emas :)