Dahsyat. Permainan yang menyerupai paint ball game sedang berleluasa di China pada waktu ini. Permainan peperangan ini sangat dahsyat sehingga mereka mempunyai markas permainan perang mereka sendiri yang kebanyakannya nama markas ini mempunyai singkatan CS yang bermaksud "Counter Strike". Bukan satu markas sahaja, malahan berpuluh markas serupa terdapat di seluruh China. Apa yang membezakan permainan paint ball disana adalah, mereka tidak menggunakan senapang paint ball, tetapi mereka menggunakan BB gun (pistol angin) yang berupaya menghantar bebola plastik kecil kearah sasaran. Uniknya lagi, para pemain di markas CS ini bukan setakat bermain untuk suka-suka. Mereka mempunyai lapisan rangkaian kuasa pentadbiran yang lengkap, bermula dari prebet sehinggalah kepada jeneral. Mari kita saksikan askar-askar paint ball China yang sedang berjuang. Lengkap dengan radio komunikasi, bom marker asap untuk menandakan lokasi musuh dan juga sniper yang sepenuhnya memakai baju penyamaran.
Paint ball, bukan sekadar game..