Keluarga Bhatini di Hybderabad, Selatan India mendakwa bahawa mereka mampu memulihkan penyakit asma dengan menggunakan anak ikan yang dicampur dengan bahan-bahan ramuan rahsia turun temurun milik keluarga mereka. Ramuan ini dinamakan sebagai "Prasadam ikan". Walaupun tiada siapa lagi yang berjaya mengesahkan sama ada cara rawatan ini berkesan secara saintifik ataupun tidak, beribu orang tetap datang menemui keluarga Bhatini setiap tahun semenjak 160 tahun yang dahulu. Tiada siapa kecuali keluarga Bhatini yang tahu akan kandungan ramuan rahsia dalam pembuatan ubat ini kerana keluarga Bhatini enggan mendedahkan ramuan yang mereka gunakan. Menurut mereka, keberkesanan ubat ini akan hilang jika rahsianya didedahkan.