Setiap tahun rakyat Norway merayakan perayaan Sankthans secara besar-besaran. Pada perayaan ini selalunya mereka akan membakar unggun api sebagai memperingati ulang tahun kelahiran John Baptist. Perayaan ini selalunya disambut pada 24 Jun setiap tahun disebahagian negara eropah. Pada tahun 2010 yang lalu, sebuah kampung telah membawa tradisi membakar unggun api ke peringkat yang melangit. mereka telah menyediakan unggun api setinggi 40 meter dengan harapan untuk memecahkan rekod unggun api setinggi 37.84 meter yang telah mereka catat pada tahun 1993. Unggun api yang mereka panggil sebagai Slinningsbålet, telah disediakan oleh penduduk setempat yang seramai 30 - 40 orang. Mari kita saksikan unggun api yang terbesar setakat ini yang pernah direkodkan.
via: vg