Seperti yang kita ketahui, negara china adalah antara negara yang paling ramai penduduknya di dunia. Jumlah rasmi menunjukkan bahawa China mempunyai 1.35 Billion penduduk. Jadi, tidak hairanlah jika China mempunyai rakyat yang penuh dengan macam-macam ragam dan budaya. Kini di China, terdapat lebih kurang 30 juta rakyatnya yang memilih untuk tinggal didalam gua. Ya People!!! mereka rasa duduk dalam gua lagi best dari duduk dalam kondo yang mahal. Di wilayah Shanxi, Yanan China, penduduknya duduk didalam gua yang lengkap dengan bekalan air dan juga elektrik.
Menurut seorang penduduk gua yang bernama Shouhua, 46, purata sewa untuk duduk didalam gua yang tidak mempunyai kemudahan paip adalah dalam USD$30 (RM99/sebulan). Menurutnya lagi, gua yang mempunyai 3 bilik tidur dan satu bilik air boleh dijual sekitar USD$46 000 (RM151 800).
Menurut penduduk setempat, duduk didalam gua adalah sangat menjimatkan kerana mereka dapat menjimatkan elektrik dimusim sejuk kerana kedaan didalam gua yang tidak terlalu panas. Pada musim panas pula, gua tidak terlampau panas. Tiada siapa yang mahu keluar dari kawasan perumahan gua ini. Lain negara, lain budaya, jika mereka selesa tinggal digua..good for them. Kita meraikan kelainan yang terdapat pada setiap individu.
Beruntunglah kerana di Malaysia kita tidak perlu duduk di gua dan perlu membuat loan bank untuk membayar ansuran secara bulanan. Mari kita saksikan gua yang kedaan dalamannya sudah tidak seperti gua.
Add caption |