10/31/13

Tinggal di sangkar anjing (13 gambar)

tokeycincai
Hongkong, merupakan rumah kepada 7 juta orang. Ia merupakan antara bandar yang paling kaya dan antara bandar yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Walaupun ditenggelami oleh kekayaan yang melimpah ruah, masih ramai lagi penduduk bandar hong kong ini yang tinggal di kawasan yang padat dan daif. Tidak cukup dengan itu, mereka juga hanya mampu hidup didalam sangkar besi sebesar 6 kaki darab 2 kaki. Jumlah orang yang tinggal di sangkar ini boleh mencecah sehingga 30 sangkar didalam sebuah bilik yang kecil. Penghuni sangkar ini dipanggil sebagai pekerja miskin yang tidak mampu untuk hidup dikawasan kejiranan yang kaya raya. Disini juga tinggal orang tua yang tidak boleh lagi bekerja dan hidup diatas wang kebajikan. Tuan tanah selalunya mengenakan sewa sebanyak USD$200 (RM660) sebulan untuk mendiami sangkar besi milik mereka. Sangkar yang paling bawah adalah sangkar yang paling mahal. Sungguh menyedihkan :(

Penduduk Hong Kong memanggil sangkar ini sebagai "Sangkar Anjing"..














via: 1 2 3

Tumbuhan Mutant yang kita semua makan (12 gambar)

tokeycincai
Tahukah anda bahawa banyak tumbuh-tumbuhan di pasaran sekarang ini adalah hasil dari mutasi tumbuh-tumbuhan yang dijalankan di makmal-makmal. Selepas perang dunia ke-2, ramai orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari jalan supaya tenaga nuclear boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih mulia selain digunakan sebagai senjata. Dalam banyak-banyak idea yang diketengahkan, ada idea untuk mendedahkan tumbuhan dengan sinar gamma dengan harapan tumbuhan yang terdedah kepada sinar ini akan bermutasi. Diharapkan, didalam banyak-banyak tumbuhan yang bermutasi itu ada dikalangan tumbuhan yang bermutasi kearah ciri-ciri yang lebih elok seperti ketahanan kepada penyakit, isi buah yang lebih banyak dan lain-lain lagi.

Kebanyakan eksperimen ini diadakan di taman gamma dinegara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan juga Rusia. Sebagai contoh, buah limau "Rio Star" telah mendominasi 75% pengeluaran limau di Texas. Mengikut sejarah, Rio Star telah diperkenalkan pada tahun 1984.

Taman gamma dibawah telah dibina di Jepun oleh "Institut Pembiakan melalui sinar gamma". Institut ini dikhabarkan mempunyai taman gamma terbesar didunia, ia juga mungkin merupakan satu-satunya taman gamma yang tinggal didunia. Ia terletak di Hitachiomiya wilayah Ibaraki Jepun. Taman ini mempunyai keluasan 100 meter radius dan dipagar dengan pagar kalis radiasi setinggi 8 meter. Mari kita saksikan..













via: food for lives

Bagaimana Rusia menyimpan senjata mereka (9 gambar)

tokeycincai
Tahniah, tahniah, cara anda menyimpan senjata memang sangat bagus dan selamat. Gambar-gambar dibawah adalah gambar tentera wilayah barat Rusia. Gambar-gambar ini juga menunjukkan bagaimana tentera Rusia menyimpan dan mengedar bekalan senjata mereka ke kawasan lain di wilayah barat Rusia. Terdapat 90 lori yang dipenuhi dengan peluru 125mm yang di isi letupan berkuasa tinggi berserta dengan peledak telah diletakkan bersepah dikawasan simpanan senjata ini. Bukannya sebelum ini tidak terjadi insiden dimana letupan berlaku di depoh simpanan senjata Rusia..tiada apa-apa pengajaran yang mereka ambil dari insiden lepas.










10/30/13

Kereta yang ditinggalkan tahap kronik (5 gambar)

tokeycincai
Kereta merupakan keperluan kepada kita semua. Kini hampir setiap orang mampu untuk memiliki kereta mereka sendiri. Namun begitu, apabila terlampau banyak kereta diatas jalan raya, timbul pula masalah yang lain. Sebagai contohnya, sebuah kereta di kampung Huayang, Wilayah Shichuan. Kereta ini telah ditinggalkan dengan sangat lama disitu. Pemilik asalnya mendakwa dia telah menjual keretanya itu 3 tahun yang lepas. Semenjak itu, dia tidak pernah mendengar apa-apa berita berkenaan bekas kereta beliau itu. Penduduk tempatan yang bengang melihat kereta yang tumbuh segar ibarat bunga mekar ditaman telah memanggil polis untuk membawa kereta tidak bertuan ini pergi. Saksikan..






Hiasan kunci dari haiwan hidup (7 gambar)

tokeycincai
Pada bulan April yang lalu, media China melaporkan bahawa ada para peniaga di China yang menjual ikan hidup sebagai hiasan kunci. Ada juga antara mereka yang menjual kura-kura dan juga salamender yang diletakkan didalam plastic bag yang ditutup terus tanpa boleh dibuka. Saiz paket yang mengandungi haiwan hidup ini adalah sekirat 7cm panjang dan dipenuhi oleh air yang berwarna. Menurut para penjual, air yang memenuhi beg plastik ini adalah air yang cukup kaya dengan khasiat nutrisi. Tapi, ini adalah mustahil secara dasarnya. Hakikatnya beg plastik ini mempunyai kadar oksigen yang sangat sedikit dan hanya mampu bertahan selama 2 - 3 hari sahaja. Setiap hiasan kunci ini dijual pada harga 10 Yuan (RM5.17)

Dan yang paling menyedihkan..

semua ini adalah sah disisi undang-undang China. 








via: ryot

10/29/13

Mengangkat mesin basuh ke puncak gunung demi isteri tercinta (15 gambar)

tokeycincai
Seorang lelaki China yang tidak dinyatakan namanya telah mendaki sehingga 5000 meter keatas kawasan pergunungan Laba dengan mengendong mesin basuh dibelakangnya demi untuk isterinya yang tercinta. Beliau memerlukan masa selama 3 hari untuk membeli mesin basuh di pekan Bomi yang terletak 3000 meter diatas paras laut. Anda pasti ingat bahawa suami mithali terbabit hanya perlu mengharungi jarak 2Km untuk membawa mesin basuh itu. Nampaknya tanggapan anda adalah salah, ini kerana untuk mendaki gunung yang tinggi, sang suami perlu melalui liku-liku gunung dan perlu melalui kawasan yang sempit sebelum sampai ke pekan Bomi. Untuk menjadikan keadaan lebih sukar lagi, Pergunungan Laba hanya mempunyai 2 bulan musim panas dalam masa setahun. 

Gagah sungguh suami yang mencintai isterinya ini, pasti isterinya terharu dan menitiskan air mata. Di Malaysia, masih ramai lagi suami yang enggan untuk ke kedai apabila isteri mereka menyuruh sang suami untuk membeli kelapa parut, bawang ataupun garam untuk dimasak hehehe. Betul atau tidak :p
















via: myblog u148

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template