Bukan senang nak hidup di China. Para pelajar di China paham akan hakikat ini. Jadi..mereka berusaha siang dan malam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh agar suatu hari nanti mereka dapat memperbaiki taraf hidup keluarga mereka melalui segulung ijazah. Setelah penat belajar, sampailah masanya untuk membuktikan apa yang mereka telah belajar melalui peperiksaan.
tapi..
Ini bukanlah perkara yang mudah. Seperti entri kami 3000 murid perlu membawa kerusi dan meja ke sekolah, ini bukanlah perkara mudah. Kemudahan pembelajaran di China boleh dikatakan tidak mencukupi. Pelajar di China terpaksa berebut tempat yang selesa dalam usaha mereka untuk mengambil Ujian kemasukan Postgraduate. Jika mereka lalai, lambat dan kurang peka dalam merebut kerusi yang ada, maka mereka perlu mengambil peperiksaan di kawasan yang kurang selesa. Kawasan kurang selesa yang dimaksudkan adalah kawasan asrama mereka. Pelik bukan, selalunya para pelajar suka akan keadaan sebegini kerana ia membuka peluang kepada mereka untuk meniru hahaha. Namun begitu, lain pula yang terjadi di China. Ini kerana, ruang yang kurang selesa memerlukan mereka berhimpit sewaktu mengambil peperiksaan. Kurang selesa la kan, macam mana nak jawap exam. Saksikan bagaimana mereka berebut untuk menjamin masa depan yang cemerlang..
Dasyat, siap berantai tu..bukan cincai-cincai ni.
sila bawa pemotong rantai ke dewan periksa
menginap terus dekat dewan peperiksaan lagi best kan
"saya reserve seat ini untuk peperiksaan kemasukan postgraduate. Thanks!!!"
"kerusi sudah diambil untuk ujian kemasukan 2013. Harap maklum"
"Bukan perkara yang mudah untuk reserve seat awal-awal. Saya minta maaf 12-2-28"
"kerusi sudah diambil - hak milik sekolah sukan"
"saya datang sini untuk reserve seat ini dan saya tidak takut untuk berlawan. Jangan main-main dengan saya. jangan buang notis ini. Thanks!!!"
akhirnya..pihak pengurusan universiti bengang dengan keadaan ini. semua "penanda" tempat duduk telah dibuang hahaha. Bagusssssssss