10/25/13

Detroit, Bandar ke-4 terbesar di Amerika bankrap (46 gambar)

tokeycincai
Bukan semua perkara yang besar dan hebat itu boleh kekal besar dan hebat selamanya. Tanpa pentadbiran yang baik dan bagus, besar dan hebat macam mana pun, akhirnya akan jatuh jua. Itulah yang berlaku kepada Bandar Detroit, bandaraya yang penah dinobatkan sebagai bandaraya ke-4 terbesar di Amerika Syarikat. Kini ia telah jatuh ke tangga 18. 

Pada 18 Julai 2013 yang lalu, pihak pentadbiran bandaraya Detroit telah memfailkan permohonan bankrap dan memohon perlindungan dari kerajaan Amerika melalui undang-undang Chapter 9 Amerika. Dahulunya, Detroit penah mempunyai penduduk seramai 2 juta orang dan kini jumlah itu telah jatuh keparas 700,000 orang sahaja. Walaupun presiden Amerika Barrack Obama telah memberi lampu hijau pakej menyelamat berjumlah berbillion dollar pada tahun 2008, kemakmuran bandar Detroit tetap jatuh tersungkur ditelan zaman. Bandar yang suatu masa dulu terkenal dengan sebagai bandar industri muzik telah lama kehilangan lagu dan iramanya. Industri kereta Ford yang mendominasi pasaran dunia pada suatu masa dahulu melalui kilangnya di Detroit turut tersungkur menyembah bumi. 

Penting bagi kita untuk belajar akan semua ini, belajar akan sejarah dan sebab musabab kenapa perkara ini boleh terjadi kepada bandar sebesar Detroit. Supaya, perkara sama tidak akan berulang kepada kita sekalian, Insya Allah..







































FILEM-FILEM HEBAT YANG DIBUAT DI DETROIT









via: 1 2 3

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template