Pada perang dunia kedua, Amerika dan sekutunya terus menerus mengebom kedudukan fasiliti milik Jerman. Beratus ribu orang dianggarkan mati pada waktu itu. Jika Amerika boleh melakukan pengeboman kepada Jerman, tidak mustahil untuk Jerman melakukan perkara yang sama kepada Amerika.
Seperti yang kita semua ketahui, perang Amerika keatas pihak Jerman bermula apabila Jepun menyerang Pearl Harbor. Tapi..tahukah anda, itu bukanlah satu-satunya serangan Jepun keatas tanah milik Amerika. Pada Febuari 1942, Jepun telah menghantar kapal selam milik mereka ke wilayah Amerika iaitu San Francisco dan melancarkan tembakan meriam kearah tangki simpanan minyak milik Amerika dia Santa Barbara.
Bersempena dengan peristiwa ini, Pihak berkuasa Amerika sedar akan adanya kemungkinan ancaman serangan yang lebih besar bakal melanda bandar-bandar amerika pada masa akan datang. Pihak berkuasa Amerika telah mengarahkan Leftenan Jeneral John L De Witt yang mengetuai pertahanan wilayah barat Amerika untuk melindungi Amerika dari ancaman yang bakal tiba. Coloner John F Ohmer telah diarahkan mengetuai operasi penyamaran aset Amerika yang penting secara besar-besaran.
Beliau telah melawat Britain pada masa itu dan melihat secara langsung bagaimana Britain berjaya memperdaya kapal terbang Lutwaffee untuk mengebom kawasan kosong yang tidak mempunyai apa-apa. Ini kerana, apabila pesawat pengebom Jerman terbang di udara dan melihat kebawah untuk mencari sasaran untuk dibom, mereka cuma melihat gambaran kawasan tersebut dari jarak yang jauh. Mereka tidak dapat membezakan yang mana benar atau tidak.
Ohmer pulang ke Amerika dan meminta bantuan dari studio Hollywood MGM dan Disney untuk mencipta penyamaran yang terbaik untuk aset-aset milik Amerika. Maka terhasillah penyamaran skala yang amat besar seperti di dalam gambar-gambar dibawah. Amerika telah menutup seluruh bandar, Hangar kapal terbang, kilang-kilang dan juga kawasan perumahan. Ini adalah bukan cincai-cincai!!!