Apabila kita memperkatakan tentang kempen politik, kita pasti akan terbayang akan bendera parti di merata tempat, iklan mesra rakyat di papan iklan, ahli politik mengadakan ceramah di merata tempat dan lawatan ke sekeliling kawasan masyarakat setempat.
Tapi, tahukah anda bahawa pada tahun 2009 yang lalu parti-parti politik Jerman telah melakukan sesuatu yang amat lain dari kebiasaan cara orang berkempen. Mereka semua telah berkempen melalui taman miniature. Ya, mereka adalah sangat cool sehingga tidak memandang remeh jemputan taman miniature wonderland di hamburg, Jerman. kini pada tahun 2013, sekali lagi Jerman akan melalui proses pilihanraya dan sekali lagi parti-parti politik ini telah dijemput untuk membina taman miniature. Parti politik perlulah membina taman miniature yang melambangkan bagaimana mereka ingin membangunkan negara Jerman menjadi negara yang aman dan sejahtera. Bagus jika parti-parti politik di Malaysia juga supercool seperti parti-parti politik di Jerman. Betul atau tidak :)
Parti Demokratik Kristian
Parti Kesatuan Sosial Kristian
Parti Demokrasi Bebas
Parti Sosial Demokratik