Wadi As-Salaam bermaksud lembah keamanan. Itu adalah nama yang amat sesuai bagi sebuah tapak perkuburan yang terbesar di Najaf, Iraq. Keluasan keseluruhan tapak perkuburan ini adalah 1485.5 ekar. Penduduk Bandar Najaf yang mempunyai penduduk seramai 600,000 orang duduk bersebelahan dengan tanah perkuburan yang panjangnya melebih 10Km. Keluasan tanah perkuburan ini menjadikan jumlah berjuta orang mati melebihi jumlah penduduk bandar Najaf itu sendiri. Dipercayai, tanah kubur ini sudah mula didiami semenjak 1400 tahun yang lalu.
Oleh kerana usia tanah perkuburan ini yang begitu lama, pelbagai reka bentuk kubur boleh ditemui bergantung pada zaman ia dibina. Ada kubur yang dibina tinggi dan ada juga kubur yang mempunyai ruang bawah tanah. Pada perang Iraq tahun 2003 yang lalu, kawasan perkuburan Wadi As-Salaam adalah antara kawasan yang paling sukar ditembusi. Ini kerana, penentang Amerika menjadikan kawasan ini tempat persembunyian dan serangan hendap yang amat efektif. Saiz kawasan perkuburan ini telah bertambah sehingga 40% semenjak tahun 2004. Ini kerana terjadinya peperangan menentang Amerika dan juga peperangan antara golongan Sunni dan Syiah.
Dasyat...
via: unesco