Empangan Taum Sauk, merupakan empangan hidroelektrik yang dibina di puncak sebuah gunung. Pelik betul, kenapa empangan yang besar seupamanya dibina jauh dari sumber air. Punca air yang paling dekat dengan empangan ini terletak 80Km jauhnya. Selalunya, empangan akan dibina ditengah-tengah sungai supaya air boleh ditakung dan kemudiannya tenaga elektrik boleh dijana apabila air dilepaskan melalui turbin dinamo secara berkala. Tetapi empangan ini berfungsi sebaliknya, enjin dinamo digunakan untuk mengepam air ke dalam takungan empangan Taum Sauk. Jika di Malaysia, sudah pasti empangan buah mulut ini menjadi buah mulut dikalangan rakyat. Pasti ramai yang mengatakan empangan sedemikian dibangunkan hasil dari rasuah berleluasa. Namun begitu, empangan ini banyak fungsi yang sangat menguntungkan penduduk setempat.
Empangan ini, digunakan untuk menyimpan air secara besar-besaran. Tujuannya, apabila sampai waktu puncak penjanaan elektrik, empangan ini akan dihidupkan untuk melepaskan air yang telah ditakung didalamnya, sekaligus bertindak sebagai penjana elektrik hidro yang ke dua. Pada malamnya pula, ketika permintaan elektrik berkurangan, air akan dipam kembali ke dalam empangan ini. Ini menjadikan empangan Taum Sauk umpama sebuah bateri besar yang mampu menyimpan tenaga lebihan yang dihasilkan pada waktu malam iaitu waktu tidak puncak.
Empangan ini telah direka pada tahun 1960 dan operasinya bermula pada 1963 dengan kapasiti penghasilan 175 megawatt elektrik. Pada tahun 1995, kapasiti empangan ini telah ditingkatkan kepada 225 megawatt. Namun begitu, pada tahun 2005, empangan ini telah bocor sehingga menyebabkan rumah mandur yang menjaga empangan ini musnah teruk dan anak-anak mandur yang seramai 3 orang telah cedera teruk. Setelah terjadinya tragedi ini, pihak berkuasa tempatan telah menaik taraf empangan ini dengan menjadikan seluruh struktur penahannya terdiri daripada konkrit. menarik bukan..saksikan
Apa yang admin nampak adalah sebuah kolam renang yang besar dan best hehehe :p
source: fallinetesting