Thailand, memang betul-betul mempunyai pengikut ajaran budha yang amat patuh pada ajaran budha. Ini bukan hanya pada anggapan semata, tapi telah terbukti dengan terdirinya kompleks budha wat phra dhammakaya yang terletak di daerah khlong luang, 16km ke utara lapangan terbang antarabangsa bangkok. Ia didirikan oleh kumpulan keagamaan dhammakaya yang mempunyai gaya pemahaman ajaran budha yang agak kontroversi dan juga cara mereka yang menggunakan agama budha untuk mendapatkan wang. Kompleks yang berharha USD$1 billion (RM3.29 billion) ini mengadakan upacara keagamaan secara besar-besaran setiap hari. Dengan jumlah sami yang mencecah sehingga 3000 orang, jumlah ini meningkat kepada 100,000 orang pada waktu sambutan festival keagamaan yang besar. Ia merupakan kompleks keagamaan terbesar di thailand..hasil dari usaha oleh kumpulan dhammakaya yang ditubuhkan pada 1970-an.