Menyidai kain baju. Apa yang luar biasanya? tiada apa yang luar biasa, betul atau tidak?. Di Malaysia yang mempunyai cuaca panas lembab, kain amat mudah kering didalam cuaca panas yang baik. Jadi, rakyat Malaysia memang senang untuk mencuci baju tidak mengira hari, kecuali pada hari hujan.
Namun begitu, di China, lain pula kesnya. Cuaca panas yang baik merupakan suatu rahmat yang tidak terhingga kepada mereka. Mereka berasa sangat bersyukur sehingga ianya menjadi suatu tradisi untuk menjemur semua tilam mereka pada hari yang penuh rahmat. Bukan sahaja tilam, mereka juga menjemur selimut, bantal dan juga beruang mainan kegemaran mereka. Semua gambar dibawah diambil dari Universiti Sains dan Teknologi Nanjing pada tahun 2010 yang lalu. Mari kita lihat aksi jemur menjemur yang ekstrim dari China.
Ekstrim sungguh :)
Kereta Dekan tidak dilepaskan. Sori dekan
Tiang gol pun jadi mangsa hahaha
Keliling padang tu..perghhhh
Menjemur sehingga ke pintu depan universiti..terbaik