1/11/14

Nelayan AK-47 (21 gambar)

tokeycincai
Kita di Malaysia memang bertuah, pokok dimana-mana, air melimpah ruah, buah-buahan masak ranum di dahan pokok. Rakyat hidup aman damai, walaupun kadang kala terdapat sedikit perselisihan faham, ia masih lagi boleh dianggap terkawal. Tapi, bukan semua negara bertuah seperti di Malaysia.

Di Tasik Turkana, Kenya, terdapat sekumpulan puak yang diberi nama sebagai Puak Turkana, mereka merupakan bangsa yang berpindah randah memandangkan mereka perlu mencari makanan untuk binatang ternakan milik mereka. Pada tahun 1960-an, banjir besar telah menghapuskan kesemua ternakan milik mereka. Bersempena dengan ini, kerajaan tempatan telah memperkenalkan Puak Turkana dengan aktiviti penangkapan ikan dibahagian Tasik Turkana yang masih lagi tidak digunakan oleh sesiapa. Setelah bertahun lamanya, aktiviti perikanan di tasik ini sudah sampai ke tahap tepu. Ikan ditasik ini makin berkurangan dan ini mengakibatkan kebuluran. Sementara itu, di negara berjiran Kenya iaitu Ethiopia, terdapat sebuah lagi puak tempatan yang diberi nama Puak Dhaasanac. Kerajaan Ethiopia yang menjalankan aktiviti pengkomersialan tanah tempatan telah mengakibatkan kawasan padang ragut untuk ternakan makin berkurang dan ini memaksa Puak Dhaasanac pergi kekawasan lain. Kawasan yang mereka masuki adalah kawasan milik Puak Turkana dan ini mencetuskan permusuhan yang berlanjutan. Saksikan bagaimana kebuluran, memaksa Puak Turkana menjadi nelayan yang mengawal hasil ikan kering mereka menggunakan senjata raifal automatik. Saksikan..

Jaga ikan kering, menggunakan AK-47, memang epic!!!





















via: reuters

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template