Bukan senang untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya. Latihan demi latihan diperlukan untuk mencapai standard yang telah ditetapkan. Disamping itu, ketabahan dan ketekunan berusaha bagi mencapai apa yang di ingini juga penting bukan hanya pada peringkat permulaan sahaja, tetapi untuk seluruh proses dari mula hingga akhir. Namun begitu, ketabahan, ketekunan dan latihan yang berterusan perlu disokong oleh kemudahan yang bukan calang-calang hebatnya.
The Neutral Buoyancy Laboratory (NBL) merupakan kemudahan latihan yang di kendalikan oleh pusat latihan Sonny Carter. Pusat latihan ini terletak berdekatan dengan National Space Agency (NASA) di pusat angkasa Johnson NASA di Houstan, Texas. Fasiliti ini memiliki kemudahan kolam yang boleh membantu angkasawan merasai keadaan seolah-olah berada di angkasa. Kemudahan NBL ini mengandungi model berskala sebenar Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa atau dikenali sebagai ISS. Tangki NBL berukuran 62 meter panjang, 31 meter lebar dan 12.34 meter dalam. Tangki ini mampu menampung 23.5 million liter air.
Best betul kolam renang ni :)