Setiap tahun, sebuah negeri di Indonesia yang bernama Sakah dan Sweta akan menyambut hari perayaan yang dinamakan Hari Nyepi. Negeri yang terletak di Kota Mataram, Lombok, Indonesia ini telah menyambut Hari Nyepi semenjak dari tahun 1838 lagi. Beribu orang yang berasal dari Negeri Sakah dan Sweta secara turun temurun menyambut perayaan ini setiap tahun dan ianya hanya terhad kepada penduduk negeri ini sahaja.
Perang Api dilakukan dengan cara menyerang peserta acara ini dengan menggunakan sabut kelapa yang digulung membentuk obor. Obor ini lalu dinyalakan. Mereka kemudian akan saling pukul memukul diantara satu sama lain dengan menggunakan obor ini sebagai simbolik kepada perbuatan menghapuskan nafsu jahat supaya jiwa para penganut betul-betul bersih dari unsur-unsur negatif pada Hari Nyepi. Jiwa yang bersih dan suci diperlukan untuk proses pertapaan serta puasa yang dilakukan oleh masyarkat hindu Bali. Saksikan..
Dahsyat betul perayaan mereka..