9/30/13

Boleh ke tangkap ikan kalau macam ni caranya!!! cincai-cincai!!! (13 gambar)

tokey cincai aje
Boleh ke kalau tangkap ikan dengan cara dibawah???

Ye boleh. Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil semasa festival menangkap ikan Argungu, Negeri Kebbi di Nigeria. Walaupun dengan kehadiran orang yang ramai, air yang keruh, penangkapan ikan yang berterusan..mereka masih mampu menangkap ikan dalam jumlah yang banyak. Kali terakhir pesta ini diadakan pada tahun 2011. Lebih dari 10000 orang turun ke kolam memancing dengan setiap satu kumpulan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang pertama memegang alat menangkap ikan yang dinamakan Groud dan satu kumpulan lagi memegang jaring. Pemenang acara menangkap ikan ini akan membawa pulang hadiah berjumlah USD$1000. Mari kita saksikan..

Orang Malaysia menjala:

Orang Indonesia memancing:

Orang Amerika memancing:

..
...
....

Orang Nigeria menjala:








Hasilnya..

..
...
....





Power tak hehehe




Mutiara emas pulau Palawan (28 gambar)

tokey cincai aje
Selalunya mutiara yang kita kenal bewarna putih atau bewarna hitam. Tapi..Mutiara yang dihasilkan di pulau palawan Filipina adalah bewarna emas. Tiada tempat lain di serata dunia yang menghasilkan mutiara bewarna emas, melainkan hanya di pulau Palawan sahaja. Pemiliknya, Jacques Branell kerap datang ke tapak penternakan tiram miliknya menggunakan helikopter bagi memastikan semua proses berjalan dengan baik. proses menghasilkan baka tiram yang terbaik juga mengambil masa 15 tahun untuk disempurnakan. Proses penghasilan mutiara emas ini amat rumit dan memerlukan masa selama 5 tahun untuk matang. Anak tiram akan disimpan didalam inkubator selama 2 tahun sebelum ia di turunkan kedalam laut. Setelah itu, setiap tahun tiram ini akan di bawa ke makmal untuk di X-Ray bagi memastikan setiap tiram mempunyai mutiara yang sedang membesar mengikut skala mereka. Setelah usia tiram mencapai 5 tahun, barulah ia akan dibawa ke kilang untuk proses mengeluarkan mutiara. Namun begitu, hanya 75% sahaja tiram-tiram yang diproses berjaya mendapat cop pengesahan sebagai mutiara yang mempunyai kualiti yang sangat bagus. Setakat ini 1000 orang telah diambil bekerja dengan Jacques Barnell dan beliau juga telah membuka 12 kedai untuk menjual produk mutiara yang beliau hasilkan.

Lama..tapi sangat berbaloi :)




























Seni yang tersembunyi disebalik sebuah buku (20 gambar)

tokey cincai aje
Mengantuk, Bosan, Tertidur..ini adalah simptom yang biasa kita alami apabila membaca buku. Jangan risau, anda bukan keseorangan didalam menghadapi masalah seperti tadi ketika membaca buku. 

Perpustakaan Awam Boston telah memperkenalkan 200 koleksi khas buku-buku yang mempunyai cetakan gambar di bahagian tepi buku-buku mereka. Cetakan gambar ini hanya boleh dilihat apabila setiap helaian buku ini dirapatkan antara satu sama lain. Setakat ini, hanya 40 buku bergambar dibahagian tepi telah berjaya dijumpai. Untuk mencari baki 160 buku bergambar yang ada di perpustakaan Awam Boston, para pengguna hendaklah rajin untuk mencari disetiap pelosok penjuru rak-rak buku diperpustakaan Awam Boston. Bijak bukan..ini bukan cincai-cincai punya effort :)





















via: boston public library

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template