10/5/13

Sejarah yang hilang: Rusia menyerang Jepun pada 1945 (13 gambar)

tokeycincai
Orang Rusia memang berani. Itu sahaja yang mampu admin katakan apabila membaca sejarah serangan Rusia keatas Jepun pada tahun 1946. Jangan ingat hanya Amerika sahaja yang menyerang Jepun pada perang dunia kedua sehingga Jepun tersungkur menyerang kalah. Rusia juga berjaya menakluki tanah jajahan Jepun dengan lebih berjaya berbanding Amerika. 

Pada 1946, Rusia telah menghantar 1 Juta tentera mereka untuk menghapuskan 700000 tentera Jepun di tanah jajahan jepun yang bernama Manchuko, operasi ini dinamakan operasi August Storm. Manchuko asalnya adalah sebahagian daripada tanah kerajaan Manchuria China. Jepun tidak menyangka Rusia akan menyerang mereka memandangkan Rusia sibuk dengan peperangan menentang Jerman jauh di benua eropah. Namun begitu, Stalin memberi kejutan kepada Jepun apabila menyerang Manchuko 3 bulan selepas ia berjaya menumbangkan Jerman di eropah. Jepun telah menyerah kalah kepada Rusia apabila ramai askarnya tewas. Dianggarkan kematian askar Jepun adalah 10 kali ganda lebih banyak berbanding jumlah kematian askar Rusia. Perlu di ingatkan disini bahawa semasa America menceroboh pulau Okinawa yang berada berdekatan dengan tanah besar Jepun, 14009 orang amerika dan 77166 orang. ini menjadikan kematian askar Jepun cuma 5 kali ganda lebih banyak dari askar Amerika.

Selain daripada pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, serangan Rusia keatas Jepun juga menjadi faktor utama kenapa Jepun menyerah kalah. Anda mesti tidak tahu akan fakta ini bukan..













tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template