11/20/13

Buruh kanak-kanak di india (28 gambar)

tokeycincai
Nak hidup bukannya senang. Kita kena usaha sungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita. Seorang jurugambar bernama Daniel Berehulak dan rakannya Mark Magnier telah melaporkan tentang situasi semasa di Lembah Jaintia di India yang berkaitan dengan penggunaan buruh kanak-kanak yang berleluasa disana. Lembah ini terletak di Meghalaya. 

Dianggarkan sebanyak 1000 orang kanak-kanak semuda 8 tahun sedang bekerja di lombong arang batu di Lembah Jaintia. Kehidupan yang miskin dan upah yang lumayan oleh lombong arang batu telah menyebabkan kanak-kanak ini meninggalkan alam persekolahan mereka semata untuk mencari sesuap nasi. Lombong arang batu ini sebenarnya mempraktikkan undang-undang yang melarang kanak-kanak dari bekerja disini, tapi biasalah kan, undang-undang ni boleh dimanipulasi oleh orang yang berkenaan. 

Kelemahan didalam fasal undang-undang digunakan sebaiknya oleh pihak yang berkepentingan. Biasa lah, upah gaji manusia lagi murah dari kos operasi menggunakan mesin.






























Taufan Haiyan di Filipina (30 gambar)

tokeycincai
2 minggu lepas Filipina telah dilanda oleh taufan Haiyan yang amat dahsyat. Taufan ini bergerak dengan kelajuan angin sehingga mencapai 315 Km/Sejam. Maka tidak hairanlah jika jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Filipina menunjukkan bahawa lebih dari 2 juta orang yang menerima tempias secara langsung dari taufan ini dan 2 juta orang ini juga memerlukan bantuan dengan kadar segera dari kita semua. Menurut persatuan palang merah, dianggarkan lebih 1000 orang telah terbunuh di kawasan pantai Tacloban. Kematian dikawasan lain adalah dianggarkan lebih tinggi. Taufan Haiyan yang dikategorikan sebagai taufan kelas lima ini telah menghancurkan banyak rumah-rumah, bangunan serta pokok. Setiap tahun, Filipina dianggarkan akan dilanda sebanyak 20 taufan, namun begitu pada tahun ini, jumlah itu sudah mencecah sehingga ke taufan yang ke-24. Sabarlah wahai rakyat Filipina, ini semua ujian dari Allah..































Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template