2/28/14

Rumah kelab Swiss Alpine (11 gambar)

tokeycincai
Rumah kelab selalunya merupakan tempat yang mewah, lokasi yang senang di datangi dan juga menjadi tempat tumpuan ramai. Namun begitu di Swizerland, terdapat sebuah kelab dimana bangunan kelab terbabit terletak di ketinggian 4,000 meter dari ketinggian paras laut. Bukan sahaja lokasinya yang sangat tinggi, ia juga terletak di lereng gunung yang amat sukar untuk didaki. Rumah kelab yang diberi nama Solvay Hut ini dimiliki oleh Kelab Swiss Alpine dan ia digunakan untuk memberi perlindungan dan juga makanan kepada ahli kelab yang mendaki gunung terbabit. Rumah kelab ini dinamakan bersempena dengan orang yang mula-mula membina rumah kelab ini pada tahun 1915. Saksikan

Berbaloi ke bayar yuran keahlian, tapi fasilitinya terletak di tempat yang amar sukar untuk di datangi..















2/27/14

Carbon Aerogel (8 gambar)

tokeycincai
Saintis China memang gila power. Mereka telah berjaya mencipta sejenis bahan yang diberi nama "Carbon Aerogel". Bahan baru yang mereka cipta ini tersangatlah ringan. Sangat ringan sehingga ia mampu diletakkan di tempat-tempat yang sebelum ini dikira mustahil untuk menampung barang-barang yang berat. Dianggarkan ketumpatan bahan baru ini adalah 0.16 miligram per cubic sentimeter menurut jurucakap University Zhejiang, China. 1 daripada 6 bahagian bahan baru ini terdiri daripada udara. Bahan baru yang bertindak seperti span basuh pinggan ini mampu menyerap air sehingga 900 kali ganda dari saiz asalnya. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan dalam pembuatan panel solar kerana ia mampu menyerap cahaya dengan kadar yang amat tinggi. Power kan..Saksikan..









Trend anjing di China (9 gambar)

tokeycincai
Di Malaysia, diantara haiwan peliharaan yang banyak dilihat dimerata tempat adalah kucing dan juga anjing. Di Malaysia juga, Kebanyakan anjing akan dipelihara di sangkar-sangkar. Di masa lapang, para pemilik anjing ini akan membawa anjing mereka berjalan-jalan di taman. Ini adalah normal. Di China, para pemilik anjing peliharaan melakukan perkara yang sama seperti para pemilik anjing di Malaysia. Cuma yang bezanya adalah, anjing di China berjalan menggunakan 2 kaki dan membawa handbag..di Malaysia ada ke? korang ade ke hahahaha. Saksikan..

Dahsyat..












2/25/14

Photshop badan yang fail (17 gambar)

tokeycincai
Setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza antara satu sama lain. Ada antara kita yang secara semulajadinya mempunyai bentuk badan yang menarik. Ada juga antara kita yang mempunyai bentuk badan yang biasa sahaja tetapi berusaha keras untuk mendapat bentuk badan yang menarik. Berikut adalah gambar beberapa orang yang menggunakan photoshop bagi menggantikan bentuk badan mereka yang biasa kepada super cool hot. Namun begitu, oleh kerana kurangnya pengalaman didalam menggunakan photoshop, maka hasil karya mereka telah menonjolkan betapa gambar mereka itu telah di photoshop dengan LOL hahaha. Saksikan..

Admin nak guna body the rock la cam ni hehehe



















  










Paderi baca doa untuk apa sahaja (20 gambar)

tokeycincai
Di Malaysia, kebiasaannya di setiap majlis amal, pasti ustaz-ustaz akan dijemput untuk membacakan doa bagi memberkati majlis terbabit. Tidak kiralah ia adalah kenduri doa selamat, kenduri kesyukuran, kenduri pergi/pulang dari haji dan juga majlis ilmu yang lain. Boleh dikatakan, ustaz-ustaz ini dijemput dijemput untuk membaca doa di awal majlis. Mungkin sesetengah orang akan menganggap ini adalah amalan kolot. Maka bukan semua syarikat atau badan-badan kerajaan menjemput ustaz-ustaz ke majlis mereka untuk membaca doa.

Tetapi, tahukah anda bahawa orang putih juga melakukan perkara yang sama. Malahan..mereka melakukannya hampir untuk semua perkara. Saksikan..

Sungguh tidak ku sangka..

Kereta rally

universiti

partition collider

mesin scan MRI

askar

kapal baru

ahli taekwando

mesin MRI lagi

padang bola

kuda

room mate. supaya room mate tidak berperangai jahat

askar

ladang anggur

trak bomba baru

dapur

bilik wad kanak-kanak

kolam renang

kilang baru bosch

institut

askar baru tamat latihan

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template