9/30/13

Mutiara emas pulau Palawan (28 gambar)

tokey cincai aje
Selalunya mutiara yang kita kenal bewarna putih atau bewarna hitam. Tapi..Mutiara yang dihasilkan di pulau palawan Filipina adalah bewarna emas. Tiada tempat lain di serata dunia yang menghasilkan mutiara bewarna emas, melainkan hanya di pulau Palawan sahaja. Pemiliknya, Jacques Branell kerap datang ke tapak penternakan tiram miliknya menggunakan helikopter bagi memastikan semua proses berjalan dengan baik. proses menghasilkan baka tiram yang terbaik juga mengambil masa 15 tahun untuk disempurnakan. Proses penghasilan mutiara emas ini amat rumit dan memerlukan masa selama 5 tahun untuk matang. Anak tiram akan disimpan didalam inkubator selama 2 tahun sebelum ia di turunkan kedalam laut. Setelah itu, setiap tahun tiram ini akan di bawa ke makmal untuk di X-Ray bagi memastikan setiap tiram mempunyai mutiara yang sedang membesar mengikut skala mereka. Setelah usia tiram mencapai 5 tahun, barulah ia akan dibawa ke kilang untuk proses mengeluarkan mutiara. Namun begitu, hanya 75% sahaja tiram-tiram yang diproses berjaya mendapat cop pengesahan sebagai mutiara yang mempunyai kualiti yang sangat bagus. Setakat ini 1000 orang telah diambil bekerja dengan Jacques Barnell dan beliau juga telah membuka 12 kedai untuk menjual produk mutiara yang beliau hasilkan.

Lama..tapi sangat berbaloi :)




























tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template