10/2/13

Senapang Sniper yang pasti kena pada sasaran (18 gambar)

tokey cincai aje
Dunia sudah semakin maju dan teknologi semakin bertambah dahsyat..

Adakah anda mempunyai ciri-ciri berikut:

1) Tidak mempunyai pengalaman menembak
2) Takut memegang senapang untuk menembak
3) Penah menembak, tapi tembakan tidak penah mengenai sasaran
4) Tidak pandai membuat kiraan matematik untuk tembakan jarak jauh
5) Sukar untuk menembak ketika kenderaan sedang bergerak
6) Sukar untuk menembak sasaran pada jarak yang jauh
7) Sudah menembak bertahun-tahun namun masih tidak mahir menembak
8) tidak pandai mengira kelajuan angin, panas cuaca dan kelembapan udara
9) tidak pandai mengira sudut, jarak dan juga lengkungan graviti

Anda tidak perlu risau, kerana sebuah syarikat yang bernama Tracking Point Inc yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat telah berjaya mencipta sistem tembakan senapang sniper yang mampu membunuh sasaran dengan kemungkinan tembakan mengenai sasaran adalah 100%. Sistem tembakan ini mampu membantu anda menembak dengan tepat sasaran yang berada 0.941KM jauhnya, walaupun anda tidak pernah memegang senapang sekalipun.

PGX Xact System (Precision Guidede Firearm Xact System) merupakan senjata pemburuan yang amat dahsyat. Anda mampu menembak sasaran dengan amat tepat dengan menggunakan alat seakan Ipad yang bersambung dengan PGX Xact System. Anda juga mempunyai pilihan untuk upload rakaman tembakan anda ke Facebook secara serta merta dengan menggunakan WIFI yang terdapat didalam PGX Xact System.

Ramai pihak mengkritik teknologi ini sebagai tidak sepatutnya ada kerana ia memudahkan seseorang untuk membunuh, walau tanpa apa-apa pengalaman sekalipun. Nampak macam tak logic bukan. Sila tengok link youtube yang admin sertakan pada penghujung entri page ini.

Tiada komen apa-apa dari admin.




















Versi demonstrasi pendek:


Versi Documentary dengan cerita yang mendalam:

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template