9/24/13

Apa!!! Kopi Tinja Gajah adalah yang termahal didunia!!! (16 gambar)

tokeycincai
Ya tepat sekali. Katakan bye-bye kepada kopi luak yang telah bermaharajalela selama ini. Sebelum ini kopi luwak dikatakan sebagai kopi yang termahal didunia dengan harga setinggi USD$100 (RM330) sekilogram. Kopi luwak menjadi terkenal kerana cara ia dihasilkan iaitu melalui tinja musang. Ia menjadi kegemaran penggemar kopi diperingkat antarabangsa. Namun begitu, masyarakat antarabangsa masih belum puas dengan rasa kopi luwak dan mereka memerlukan kopi yang lebih ummpphhhh dari kopi yang sedia ada. 

Kini, terdapat kopi yang boleh dikatakan lebih power dari kopi luwak. Kopi ini diberi nama sebagai Black Ivory. Dengan harga yang mencapai USD$1100 sekilogram, ia dikatakan kopi yang paling termahal pernah dijual didalam peradaban manusia moden. Menurut pengasasnya, Blake Dinkin, 41, beliau telah menghabiskan sekitar USD$300,000 modal dengan mengambil masa lebih kurang 9 tahun untuk menyempurnakan cara pembuatan kopi Black Ivory. Beliau mendakwa, asid didalam perut gajah bertindak balas dengan biji kopi dan menghapuskan protein didalam biji kopi. Hasil daripada proses kimia ini, rasa pahit didalam biji kopi berjaya dihapuskan dan hanya rasa kopi sebenar tinggal untuk dinikmati oleh para penggemar kopi. Menurut beliau lagi, proses pembuatan kopi ini amat rumit. 31 Kilogram biji kopi dicampur dengan diet buah-buahan dan kemudian diberi makan kepada gajah-gajah beliau. Dari 31 kilogram ini, hanya 9 Kilogram biji kopi yang terselamat. Jumlah yang terselamat inilah yang digunakan untuk membuat kopi Black Ivory. Semua kopi ini dihasilkan di Thailand.

Jemput minum semua..phewww~~~


 














..
...

Kopi Luwak







tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template