2/10/14

Anak zirafah dibunuh dengan kejam (8 gambar)

tokey cincai aje
Zoo merupakan tempat dimana haiwan liar diberikan tempat perlindungan. Mereka diberi makan dengan cukup hampir setiap hari. Pakar pemakanan haiwan juga akan memastikan diet makanan yang betul diberikan kepada haiwan-haiwan didalam zoo. Disitu juga kesihatan mereka dipantau dengan amat baik. Boleh dikatakan bahawa zoo adalah tempat terbaik bagi perlindungan haiwan-haiwan liar dan terancam yang seorang manusia boleh berikan.

Namun begitu, sebuah zoo di Copanhagen, Denmark telah melakukan sesuatu yang amat mengejutkan. Seekor anak zirafah yang bernama Marius telah dibunuh menggunakan Bolt Gun (alat perenjat haiwan). Alasan yang mereka berikan adalah Marius tidak boleh dibenarkan hidup kerana genetik yang terdapat pada Marius adalah teramat biasa. Jika dibenarkan membiak didalam zoo yang sama, dikhuatiri ia akan menjejaskan keupayaan keturunan Marius untuk mendapatkan anak. Menurut pihak zoo, mereka tiada pilihan lain kerana tiada zoo lain yang sanggup menerima kehadiran Marius. Mereka juga mendakwa ia merupakan kod amalan biasa bagi mana-mana zoo untuk menghapuskan haiwan yang tidak dikehendaki. Lebih mengejutkan lagi, Marius dibunuh didepan orang ramai. Daging Marius juga dilapah didepan orang ramai dengan penerangan secara teliti bagaimana melapah daging zirafah turut diterangkan kepada para pengunjung zoo. Meskipun mendapat bantahan dari 20,000 orang dalam bentuk petisyen. Pembunuhan anak zirafah tetap diteruskan.

Setelah pengumuman dibuat kepada orang awam tentang kemungkinan anak zirafah ini akan dibunuh. Derma kilat dari pelbagai pihak telah tiba. Antaranya adalah tawaran rumah baru kepada zirafah terbabit dari Taman haiwan liar Yorkshire. Terdapat juga individu yang sedia membayar 500,00 Euro (lebih sejuta) bagi membeli anak zirafah terbabit. Namun begitu, peraturan persatuan European Association of Zoos and Aquaria (EAZA) tidak membenarkan penjualan anak zirafah kepada mereka-mereka yang tidak mengikut peraturan persatuan mereka.

Dan yang paling menyedihkan..

Daging anak zirafah ini diberikan kepada haiwan zoo yang lain untuk dijadikan makanan mereka...














via: daily mail

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template