11/18/13

Kemusnahan sekolah-sekolah di bandar Detroit (11 gambar)

tokey cincai aje
Admin pernah bercerita berkenaan dengan bandar ke-14 Amerika di ishtihar bankrap. Kini admin ingin bercerita tentang kesannya kepada sekolah-sekolah di bandar Detroit. Semenjak 10 tahun yang lalu, kedatangan pelajar ke sekolah di bandar Detroit telah menurun sehingga ke paras 50%. Bandar yang suatu masa dahulu mempunyai jumlah pelajar seramai 170,000 orang telah menurun kepada 83,000 orang sahaja. 

Pada tahun 2010 sahaja, sebanyak 59 buah sekolah telah ditutup dan pada tahun 2011 pihak berkuasa tempatan telah menutup 70 buah sekolah lagi. Pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai duit untuk mentadbir sekolah. Jika mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mentadbir operasi sekolah maka logik jugaklah bahawa mereka juga tiada duit untuk menutup atau merobohkan sekolah-sekolah ini dengan cara yang betul. 

Semenjak tahun 70-an, Bandar Detroit telah mengalami defisit pertumbuhan yang konsistan, sesuatu yang jarang berlaku didalam sejarah moden Amerika Syarikat. Salah satu faktor kenapa Industri tidak berminat untuk membuka business di sini adalah kerana pengaruh persatuan pekerja. Persatuan-persatuan ini sentiasa mendesak pihak pentadbiran kilang-kilang untuk menaikkan gaji dan juga manafaat pekerja dari tahun ke tahun. Ini menjadikan kos operasi di Detroit sangatlah mahal. Jadi..kebanyakan business yang baik punya telah berhijrah ke bandar lain yang mempunyai toleransi kos dan gaji yang lebih baik. Mari kita lihat kemusnahan yang terdapat di sekolah-sekolah di Detroit. Jadikanlah ia pengajaran kepada kita semua..












via: detroit.curbed

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template