1/4/14

Perniagaan barter yang pelik (16 gambar)

tokey cincai aje
Gaduh, tetap gaduh. Tapi, meniaga tetap kena meniaga. Begitulah situasi yang terjadi di sebuah tempat yang dipanggil sebagai Aman Setu, Wilayah Kashmir. Walaupun India dan pakistan telah berperang semenjak tahun 1947, masih terdapat sedikit ruang kerjasama untuk kepentingan bersama diantara mereka. Di sebuah jambatan keamanan yang dibina oleh kedua-dua pihak di Aman Setu, hampir setiap hari para peniaga dari Pakistan dan India berniaga dikawasan ini. Yang menjadikan ia unik adalah, semua perniagaan dikawasan ini dilakukan secara barter. Tiada wang digunakan dan juga urusan perniagaan dilakukan melalui telefon oleh para peniaga disini. Mereka dilarang sama sekali untuk berniaga seperti kebiasaannya. Hubungan secara langsung juga dilarang.

Mengikut perjanjian antara kedua kerajaan yang bertelagah ini, terdapat 21 jenis barang yang dibolehkan untuk diniagakan secara barter disini. Baru-baru ini, kerajaan india telah mematikan kod dail talifon yang membolehkan para peniaga India menghubungi pihak peniaga di Pakistan. Namun begitu, meniaga tetap kena meniaga.

Pelik betul, tapi itulah yang terjadi



















source: dailymail

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template