1/12/14

Sistem pertahanan roket IDF (13 gambar)

tokeycincai
Semenjak dari tahun 2011 lagi Israel telah memasang sistem pertahanan udara peluru berpandu yang diberi nama sebagai Iron Dome Defence System. Sistem pertahanan ini telah dipasang semenjak 2011 lagi. Unit yang kelima dan merupakan unit terakhir sistem peluru berpandu telah dipasang pada hujung tahun lepas. Fungsi sistem pertahanan peluru berpandu ini adalah untuk menahan serangan roket yang bertali arus daripada pihak palestin. Sistem yang dibangunkan oleh Rafael Advance Defence System ini telah dibangunkan dengan bantuan kewangan sebanyak USD200 Juta dari pihak Amerika Syarikat. Ia mampu memintas roket dan juga bedilan artileri bagi jarak dekat. Jika impak serangan menuju ke kawasan tiada penduduk, sistem peluru berpandu ini tidak akan memintas serangan tersebut. Jika hanya serangan ditujukan ke kawasan yang mempunyai penduduk, ia akan bertindak balas. Dianggarkan harga setiap peluru berpandu pemintas adalah USD40,000. Ia mampu melindungi kawasan seluas 70Km jauhnya. Dianggar 90% daripada roket yang dilancarkan oleh pihak palestin berjaya dipintas.

Tiada peruntukan untuk pihak Palestin ke wahai Amerika Syarikat???














tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template