1/14/14

Yurt rakyat Mongolia (27 gambar)

tokey cincai aje
Suatu masa dahulu, masyarakat mongolia sangat terkenal dengan budaya berpindah randah mereka. Mereka berpindah mengikut musim. Dimana ada padang rumput yang subur, disitulah mereka akan berpindah. Ini telah menjadi cara dan warisan kebanggaan bagi orang Mongolia secara turun temurun. Oleh kerana mereka kerap berpindah randah, rumah kediaman mereka juga tidak dapat dibina kekal. Ia haruslah dibina dari bahan-bahan yang ringan untuk memudahkan ia di buka dan dipasang semula bagi memudahkan urusan berpindah randah. Seperti yang kita selalu lihat didalam dokumentari di televisien, khemah yang dipanggil Yurt ini hanya mempunyai kemudahan asas dengan keselesaan dikorbankan hampir sepenuhnya.


Zaman sudah berubah. Kini, masyarakat monggolia sudah mula menduduki rumah yang dibina dari batu. Mereka juga tidak lagi berpindah randah seperti apa yang nenek moyang mereka lakukan. Dianggarkan, setiap tahun, 30,000 hingga 40,000 orang mula menetap di ibu negara Monggolia iaitu Ulan Bator. Namun begitu, warisan nenek moyang tidak dilupakan. Rekaan setiap Yurt bukan lagi seperti dahulu kala, ia lebih moden dengan setiap yurt mempunyai perabut dan perhiasan moden. Saksikan bagaimana setiap rumah batu yang dibina, pasti ada Yurt yang dibina di kawasan rumah setiap Monggolia yang sejati. Saksikan..

Teringat ayat didalam cerita Senario, "Wuiyooooo, luar setinggan, dalam kondoooooo". Syabas :)




setiap rumah, pasti ada yurt disisi..

antara kemodenan dan budaya











Rekaan moden












tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template