12/26/13

Jambatan gondola (15 gambar)

tokey cincai aje
Di Malaysia, jika orang menyebut perkataan "jambatan" kepada anda, pasti terlintas diminda anda yang jambatan adalah struktur yang menghubungkan dua tebing sungai dan boleh dilalui oleh kenderaan atau manusia secara terus menerus dari satu tebing sungai ke satu tebing sungai yang lain. Rekaan jambatan juga mempunyai pelbagai rekaan yang berbeza bergantung kepada kegunaannya di sesuatu kawasan. 

Namun begitu, konsep jambatan di sekurang-kurangnya 8 tempat didunia ini telah menggunakan konsep jambatan yang boleh dikira sebagai lain dari yang lain. Jambatan-jambatan ini dihubungkan dengan kerangka besi diantara dua tebing, namun begitu untuk menyeberangi jambatan ini, para pengguna perlulah menaiki gondola yang disediakan. Gondola ini kemudian akan diangkat oleh enjin motor ke ketinggian yang ditetapkan dan ditarik ke tebing yang satu lagi. Apabila sampai ke destinasinya, ia akan diturunkan seperti sebuah lif. 

Tujuan jambatan ini direka sedemikian rupa adalah untuk menjimatkan kos membina jambatan yang tinggi. Untuk membina jambatan yang tinggi serta mampu membenarkan kapal-kapal lalu dibawahnya, memerlukan kos yang maha tinggi. Rekaan asal jambatan ini telah diusulkan oleh Charles Smith pada 1827, namun begitu ia hanya mampu direalisasikan 20 tahun kemudian disebabkan oleh kekangan teknologi pada masa itu. Superb!!!

Manusia, memang mempunyai daya survival yang tinggi :)
















source: NTL

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template