12/20/13

Pusat latihan pesawat pengangkut China (12 gambar)

tokey cincai aje
Negara China merupakan negara yang besar. Keluasan negara mereka memerlukan kawalan yang cukup dari tentera republik China bagi mengelakkan pencerobohan pihak asing. Bukan hanya kawasan daratan sahaja yang perlu dikawal, kawasan lautan juga perlu dikawal untuk mengelakkan pencerobohan pihak asing. Beberapa tahun yang lepas, China telah membeli kapal pengangkut pesawat yang separa siap dari negara Ukraine. Setelah melalui proses pembaikan, kapal pengangkut pesawat itu kini sedia untuk berkhidmat didalam tentera laut China. 

Kapal pengangkut pesawat Liaoning

Untuk memastikan krew kapal pengangkut pesawat ini mempunyai latihan yang mencukupi, China telah membina sebuah pangkalan tentera yang khusus untuk melatih krew-krew kapal pengangkut ini. Apa yang menariknya adalah, pangkalan tentera ini berbentuk kapal pengangkut pesawat. Pusat latihan ini dinamakan sebagai Pusat kajian kapal Wuhan. Bahagian bawah pusat kajian ini terdapat 2 tingkat bangunan pejabat dan bumbung bangunan ini dibina pelantar untuk meletakkan pesawat latihan.

China terkenal dengan taman tema yang pelik-pelik, mungkin ini adalah salah satu dari taman tema yang pelik :p












tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template