12/29/13

Terowong penyeludupan di Hong Kong (11 gambar)

tokey cincai aje

Apabila kita mendengar akan terowong bawah tanah untuk penyeludupan, kita pasti akan terkenang akan terowong Palestin yang terdapat di wilayah yang dirampas Israel. Namun begitu, bukan hanya Palestin sahaja memerlukan terowong seumpama itu untuk menyeludup barang. Hong Kong juga memerlukan terowong seumpama itu bagi penyeludupan barang antara tanah besar China dan juga Hong Kong.

Baru-baru ini, sebuah terowong penyeludupan "profesional" telah dijumpai terbina diantara Hong Kong dan tanah besar China. Ciri-ciri terowong ini boleh dikatakan profesional apabila ia dibina dengan konkrit. Ia juga dilengkapi oleh lampu, sistem pengudaraan, kerangka besi keluli dan juga landasan besi yang boleh digunakan untuk mempercepatkan penyeludupan barangan. Pintu masuk terowong ini disembunyikan dengan sangat baik di sebuah garaj yang disewa di bandar Shenzen, China dan pintu keluarnya boleh dijumpai di semak samun di wilayah hongkong yang berdekatan. Dengan jarak yang mencapai 40 meter panjang, kos pembinaannya dianggarkan mencecah RM1.6 Juta ringgit. Superb!!!!


Akhirnya usaha ini kantoi kerana penduduk telah melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan bunyi bising yang mereka dengar bagi tempoh 2 malam berturut-turut. Buat bising lagi kan dah kena!!!

Membazir je RM1.6 Juta tu












source: daily mail

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template