12/20/13

Pusat simpanan sisa nuklear (12 gambar)

tokey cincai aje
Amerika, negara pertama didunia yang menggunakan bom nuklear untuk menyerang negara lawan. Mereka telah dengan jayanya menundukkan lawan mereka dengan menggunakan bom ini. Namun begitu, sebelum mereka berjaya mencipta bom nuklear yang efisien, mereka telah melakukan berpuluh-puluh ujian untuk mencari campuran dan ukuran yang tepat bagi sebuah bom nuklear. Dengan adanya bom nuklear, maka ada jugalah bahan buangan yang terhasil dari proses pembuatan bom nuklear.

di pekan Saint Charles, Missouri, terdapat longgokan batu yang membukit. Jika diperhati dengan betul, longgokan batu ini nampak seperti makam lama. Namun begitu, fungsi sebenar longgokan batu ini adalah untuk menyimpan bertan-tan sisa buangan nuklear. Pada suatu masa dahulu beroperasi dikawasan tersebut terdapatnya kilang penghasilan bahan letupan terbesar didunia. Dengan ketinggian 75 kaki dan terletak di kawasan seluas 17,000 ekar, kilang ini yang suatu masa dahulu dimiliki oleh Atlas Powder company yang telah menggaji sehingga 5,000 orang pekerja pada waktu puncak. Kilang bahan letupan ini telah menghasilkan 700 Juta paun bahan letupan TNT sehingga tamat perang dengan jepun pada tahun 1945. Pada tahun 1955, kerajaan Amerika telah menubuhkan kilang penghasilan teras Uranium dikawasan yang sama dan menjadikan kawasan ini sangat tercemar.

Akhirnya pada tahun 1980, kerajaan Amerika telah melaksanakan program pemulihan semula kawasan ini dan dari situ terbentuknya bukit batu yang berkeluasan 45 ekar. Sejumlah 1.5 Juta cubic padu sisa nuklear dan logam berat disimpan dibawah longgokan batu ini.

Sisa nuklear mengambil ratusan tahun untuk hilang tahap radioaktifnya, nampaknya kawasan ini akan kekal bahaya untuk tempoh yang lama..













tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template