12/30/13

Perang roket Chios (8 gambar)

tokey cincai aje
Setiap tahun 2 buah gereja di kepulauan Greek menyambut hari Easter dengan mengadakan perang roket antara 2 buah gereja. Upacara ini pada mulanya menggunakan meriam sebenar sebagai memperingati usaha penduduk tempatan melawan lanun, tetapi ianya telah dirampas oleh penguasa kepulauan Greek pada masa itu iaitu empayar Ottoman pada 1889 kerana mereka menggunakan meriam terbabit untuk melawan pihak empayar Ottoman. Walaupun meriam mereka telah dirampas, mereka telah membuat keputusan untuk menyambung tradisi ini dengan menggunakan roket buatan sendiri. 

Dianggarkan sebanyak 80,000 roket digunakan untuk festival ini dan seramai 150 orang terbabit secara langsung di dalam proses pembuatan roket-roket ini. Semua roket ini dihalakan ke loceng yang tergantung diatas gereja. Ia sangat bahaya sehinggakan penduduk tempatan melindungi bangunan mereka dengan perlindungan yang sepatutnya untuk mengelakkan bangunan mereka terbakar. saksikan.










source: dailymail

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template