12/17/13

Mansudae Art Korea Utara (6 gambar)

tokeycincai
Anda fikir semua gambar-gambar pemerintah Korea Utara, Kim Jong-Un itu boleh dihasilkan secara suka-suka oleh rakyat Korea Utara ke?

Ini tidak benar sama sekali. Bagi mereka, pemerintah yang terbaik, gambarnya mesti dihasilkan oleh artis-artis yang terbaik. Untuk menjadi artis yang terbaik, seorang artis itu haruslah memulakan kerjayanya sebagai seorang artis pada umur seawal 9 tahun. Pada umur ini, mereka akan memasuki sekolah seni khusus untuk mempelajari teknik bagaimana untuk melukis gunung, musim bunga dan juga mereka mesti mempelajari bagaimana untuk membuat lukisan yang menggambarkan perjuangan rakyat Korea Utara. 


Ketika umur mereka mencapai 15 tahun, mereka yang terpilih akan dihantar ke Universiti Pyongyang untuk menyertai seramai 150 orang para pelajar seni yang datang dari seluruh Korea Utara. Lima tahun kemudian mereka akan diberi tauliah untuk menyertai 1,000 orang artis elit Korea Utara yang sudah sedia berkhidmat untuk negara mereka. Hasilnya, 80% seni yang dihasilkan oleh korea Utara, dimonopoli oleh sebuah badan yang diberi nama Mansudae Art Korea Utara. Jangan ingat senang-senang sahaja untuk melukis gambar Kim Jong-Un. Artis itu perlulah diberi sijil pengiktirafan terlebih dahulu sebelum layak untuk melukis gambar presiden kesayangan mereka. 

Setelah berjaya menjadi artis elit Korea Utara, mereka akan berkerja selama empat hari sebagai artis. Pada hari Jumaat mereka akan melakukan tugas-tugas khidmat masyarakat (sapu sampah, potong rumput ). Sabtu dikhaskan untuk mempelajari ideologi politik Korea Utara dan akhirnya pada hari ahad, mereka akan diberi kelepasan untuk bercuti.


Ironinya, kualiti kerja mereka sangat-sangatlah bagus, orang luar berebut-rebut untuk mengupah artis Korea Utara menghasilkan karya seni bagi pihak mereka. Sangat terkenal, sehingga ke negara-negara eropah..







tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template