12/24/13

Monumen untuk penumpang pesawat UTA flight 772 (11 gambar)

tokey cincai aje
Pada 19 September, 1989, sejumlah 155 orang penumpang dan 15 krew kapal terbang UTA flight 772 telah berlepas dari Brazzaville, Republik Congo menuju ke Paris, Perancis. Namun begitu, tiada antara mereka yang tahu bahawa antara para penumpang tersebut terdapat 6 orang warganegara Libya yang menaiki pesawat tersebut dengan tujuan untuk mengebom pesawat terbabit. Akhirnya, setelah terbang untuk berapa ketika, pesawat UTA flight 772 telah musnah dibom oleh 6 orang rakyat Libya tersebut. Kesemua penumpang termasuk krew pesawat terkorban dalam peristiwa yang maha dahsyat tersebut.

Kini, setelah 18 tahun peristiwa tersebut berlalu, sanak saudara serta sahabat para penumpang yang terkorban didalam nahas terbabit telah bersatu hati untuk membina monumen di tapak terhempasnya pesawat terbabit bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah terkorban pada ketika itu. 

Monumen ini mempunyai diameter berukuran 200 kaki dan batu-batu hitam disusun untuk membentuk gambar yang berupa kapal terbang. kemudian, dikeliling monumen ini terdapat 170 keping kaca yang pecah sebagai simbolik bagi melambangkan 170 orang mangsa yang telah terkorban. 

Walaupun kawasan pesawat yang terhempas ini sangat terpencil, monumen tetap berjaya dibina setelah lori yang membawa muatan bahan binaan berualang alik sejauh 70Km setiap hari untuk tempoh 2 bulan. Semua usaha ini telah dibiaya melalui pampasan RM544 Juta ringgit yang diberikan oleh kerajaan Libya.












source: google sight seeing UTA

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template