10/4/13

AKB48 dengan ahli pop group seramai 88 orang (9 gambar)

tokey cincai aje
9 orang ahli kumpulan Kpop Girl Generation pasti akan mengelengkan kepala bila melihat kumpulan pop AKB48 yang mempunyai ahli seramai 88 orang. Ye..88 orang je.

Ini menjadikan AKB48 sebagai kumpulan pop terbesar didunia. Dan yang paling best sekali adalah, kumpulan ini dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Uwarghhh!!! boleh ke macam tu. Jadi, daripada menghantar keseluruhan ahli kumpulan yang berjumlah 88 orang ini ke atas pentas, mereka bersetuju untuk ambil giliran berdasarkan susunan kumpulan kecil tadi. 

Produser yang mencipta kumpulan AKB48 bercita-cita untuk mencipta kumpulan yang mampu untuk berada di television setiap hari tanpa halangan dan kumpulan yang mampu untuk mengadakan konsert setiap hari. 

Sejarah kumpulan ini bermula pada tahun 2005 apabila 20 orang dipilih dari 8000 orang di acara uji bakat. Pada 2006, 18 orang lagi dipilih untuk menganggotai AKB48 melalui kumpulan B yang dibentuk. Setelah lapan tahun kumpulan ini beraksi, percaya atau tidak, kumpulan ini berjaya mengumpul peminat yang sangat banyak dan juga pendapatan yang berjumlah USD$226 Juta (RM745.8 juta). Sejumlah pendapatan ini hanya merangkumi negara Jepun sahaja. 

Tiket konsert yang mereka adakan setiap hari, tidak lagi dijual kerana ia sudah habis ditempah awal. Kumpulan ini juga menggunakan teknik "Osom" untuk memilih siapa yang akan menjadi penyanyi utama kumpulan ini untuk setiap album mereka. Paling tak boleh nak percaya..tetapi memang benar-benar terjadi, upacara "Osom" yang diadakan di stadium gergasi Nippon Budokan pun habis sold out..aiyak..memang sangat-sangat popular nampaknya

percaya tak..
..
...

Osom pun bole buat dekat stadium, dan orang sanggup bayar. Tiket sold out pulak tu, Uwargh!!!









via: AKB48

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template