10/17/13

Pulau Faroe tempat pesta pemburuan ikan paus (16 gambar)

tokey cincai aje
Nampaknya, Jepun bukan satu-satunya negara didunia yang memburu ikan paus. Rupa-rupanya, Kepulauan Faroe di Denmark juga mengamalkan budaya memburu ikan paus secara besar-besaran. Mereka bukan sahaja memburu, mereka berpesta dan secara beramai-ramai turun ke laut untuk menangkap ikan paus dalam jumlah yang besar. Pesta kebudayaan ini yang diberi nama "Grindadrap" diadakan pada 22 November. Daging buruan ikan paus ini tidak boleh dijual, ia hanya boleh dibahagikan samarata antara penduduk tempatan. Ikan Paus ini dikepung oleh bot sehingga ke tepi pantai. Ia kemudiannya ditarik ke darat lalu dipotong dibahagian perutnya dan dibiarkan terdampar mati. Setiap tahun, hampir 1000 ikan paus ditangkap oleh penduduk pulau Faroe sahaja. Dasyatkan, lagi dasyat dari nelayan Jepun. Tapi, ini adalah budaya yang mereka warisi dari zaman dahulu kala lagi. Saksikan betapa banyaknya ikan paus yang ditangkap melalui gambar laut yang berdarah seperti dibawah.

Pemburuan Ikan paus di Jepun, sila perhatikan perbezaannya..





Sekarang, tengok pesta kebudayaan "Grindadrap" pulau Faroe. Banyaknya..sehingga laut berdarah..











hasil akhir setelah ikan paus diproses..

Dokumentari

via: kanga boy

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template