10/9/13

Lebuh raya Hijau di China (12 gambar)

tokey cincai aje
Sebuah lebuh raya yang baru telah dibina antara bandar Luntai dan Minfeng di China. Lebuh raya baru ini mempunyai jumlah jarak sejauh 552km dengan 446Km telah dibina melintasi kawasan yang tidak berpenghuni dan dipenuhi oleh padang pasir. Padang pasir ini sangat luas sehinggakan lebuh raya ini kerap ditimbusi oleh pasir sedalam 20 meter. Ini sungguh tidak baik bagi para pengguna lebuh raya. Pihak berkuasa China perlu berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Penyelesaiannya adalah dengan menanam rumput di sepanjang lebuh raya yang sangat panjang ini. Untuk menanam tumbuhan dikawasan padang pasir bukanlah perkara yang mudah, namun begitu, itulah jalan yang telah dipilih oleh pihak berkuasa China. Beribu-ribu orang telah diupah dan juga telaga air telah digali disepanjang lebuh raya ini. Setiap telaga air mempunyai kedalaman tidak kurang dari 100 Meter. Projek penanaman tumbuh-tumbuhan ini telah bermula semenjak tahun 1999 lagi. Pada masa tersebut pihak berkuasa China mencuba dahulu jenis tanaman yang sesuai disepanjang 6.3 Km pertama. Pada 2001, kelulusan telah diberikan untuk menanam tumbuhan ini sehingga 30.8Km di sepanjang kawasan lebuh raya. Akhirnya, pada tahun 2003, kelulusan penuh diberikan untuk menanam tumbuh-tumbuhan di sepanjang lebuh raya dengan setiap bahagian kiri dan kanan mempunyai kelebaran kawasan penanaman antara 72m - 78m. Pada hari ini, lebih dari 4 per 5 kawasan lebuh raya telah dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan yang bersamaan dengan 3000 hektar.

Anda mesti tertanya-tanya kan kenapa kerajaan China sanggup menanam tumbuh-tumbuhan pelindung sepanjang beratus-ratus kilometer. Minyak lah alasannya, dibawah kawasan padang pasir ini, ada simpanan minyak dan gas yang sangat besar. The end..













tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template