10/7/13

Kolam renang paling sendat di dunia (14 gambar)

tokeycincai
Kolam renang yang dibina sangat besar. Malahan, ianya sangat besar sehingga tahap besarnya melebihi kolam renang standard yang dibina untuk rakyat China yang ramai. Namun begitu, orang yang hendak mandi-manda lagi ramai rupanya..Perghhh!!!. 

Seperti yang kita semua tahu, laut mati adalah laut yang mempunyai kandungan garam yang amat tinggi sehingga ia mampu mengapungkan orang yang berbaring diatas Laut Mati. Lokasi laut Mati adalah di antara Israel, Palestin dan juga Jordan.

Sebuah resort di China telah membina sebuah kolam yang mengambil inspirasi daripada Laut Mati di timur tengah. Ia terletak di negeri daying, China. Kolam ini telah dibina di sekeliling tasik garam yang mempunyai banyak jumlah garamnya di bawah tanah. Keluasan resort ini dianggarkan seluas 30000 meter persegi dengan kemampuan untuk menampung sehingga 10000 orang pada satu-satu masa. Namun begitu, apakan daya, jumlah orang yang datang amatlah ramai sehingga mencecah 15000 orang pada waktu puncak. Dianggarkan 1 juta orang telah melawat resort ini pada musim panas sahaja. Eloklah nama kolam renang ini ditukar kepada kolam berendam kerana dengan jumlah pengunjung yang sangat ramai didalam kolam, bolehkah mereka berenang, nak kuit-kuit pun payah hahaha.

Ok kawan-kawan. Tiada apa yang mampu nak diperkatakan lagi. Orang, kalau dah panas dan rasa nak berenang, mereka akan berenang juga. Hendak kata pemilik kolam renang ini adalah cincai..rasanya tak bole. Saksikan..

Laut Mati yang asal..



Laut Mati yang matilah woi..macam mana nak berenang ke tepian
..
...
....
















via: daily mail

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template