10/2/13

Sebuah keluarga tinggal dengan 7 ekor harimau (15 gambar)

tokeycincai
Setakat kucing tu, apa la sangat kan. Apa kata kita tinggal dengan harimau. Seekor sahaja tak best, apa kata kita ambil 7 ekor harimau untuk tinggal dengan kita. Mungkin itulah yang dikatakan dibenak sanubari Ary Borges, 43. Mereka sekeluarga telah tinggal dengan harimau semenjak 8 tahun yang lepas. Semuanya bermula apabila beliau menyelamatkan 2 harimau dari sebuah Circus dan menempatkan harimau terbabit di kawasan lapang rumahnya sehingga beliau membina sebuah penempatan tetap untuk harimau belaannya. Pihak berkuasa tempatan mula mengambil tindakan kepada keluarga Ary Borges apabila mereka menyedari keluarga terbabit memelihara harimau tanpa permit yang sah. Aneh tapi benar, keluarga borges sangat mesra dengan harimau yang mereka bela sehingga membenarkan cucu keluarga mereka menaiki harimau untuk bermain-main dengannya. Anak-anak encik Borges juga membawa harimau ini berenang dikolam mereka serta mempelawa harimau ini untuk makan bersama di dapur rumah mereka. Mujurlah mereka tidak menunggang harimau ke kedai runcit mamak untuk membeli rokok yang telah naik harga. Pasti Tokey kedai mamak tersebut dengan rela hatinya memberi rokok percuma kepada mereka. Mari kita saksikan belang-belang peliharaan encik Ary Borges sekeluarga. Gulpppppp~~~

Semoga jiran-jiran encik Borges tidur dengan aman setiap hari

















via: daily mail

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template