10/31/13

Tumbuhan Mutant yang kita semua makan (12 gambar)

tokeycincai
Tahukah anda bahawa banyak tumbuh-tumbuhan di pasaran sekarang ini adalah hasil dari mutasi tumbuh-tumbuhan yang dijalankan di makmal-makmal. Selepas perang dunia ke-2, ramai orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari jalan supaya tenaga nuclear boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih mulia selain digunakan sebagai senjata. Dalam banyak-banyak idea yang diketengahkan, ada idea untuk mendedahkan tumbuhan dengan sinar gamma dengan harapan tumbuhan yang terdedah kepada sinar ini akan bermutasi. Diharapkan, didalam banyak-banyak tumbuhan yang bermutasi itu ada dikalangan tumbuhan yang bermutasi kearah ciri-ciri yang lebih elok seperti ketahanan kepada penyakit, isi buah yang lebih banyak dan lain-lain lagi.

Kebanyakan eksperimen ini diadakan di taman gamma dinegara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan juga Rusia. Sebagai contoh, buah limau "Rio Star" telah mendominasi 75% pengeluaran limau di Texas. Mengikut sejarah, Rio Star telah diperkenalkan pada tahun 1984.

Taman gamma dibawah telah dibina di Jepun oleh "Institut Pembiakan melalui sinar gamma". Institut ini dikhabarkan mempunyai taman gamma terbesar didunia, ia juga mungkin merupakan satu-satunya taman gamma yang tinggal didunia. Ia terletak di Hitachiomiya wilayah Ibaraki Jepun. Taman ini mempunyai keluasan 100 meter radius dan dipagar dengan pagar kalis radiasi setinggi 8 meter. Mari kita saksikan..













via: food for lives

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template