10/27/13

Gerrymandering sebenar yang ditahap kritikal (6 gambar)

tokey cincai aje
Semasa menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tempoh hari, kita semua sibuk memperkatakan akan terma baru yang baru kita dengar iaitu Gerryamandering. Ape itu Gerrymandering? Adakah anda tahu apa itu Gerrymandering?

Gerrymandering adalah pembahagian kawasan pilihanraya berdasarkan beberapa faktor yang boleh memberikan kelebihan kepada pihak yang melakukan persempadanan kawasan. Ia dilakukan dengan melakukan persempadanan semula daerah mengikut keadaan demographik sesuatu kawasan yang berdasarkan keadaan politik, bangsa, bahasa, agama, taraf hidup masyarakat dan lain-lain lagi. Ada beberapa sebab kenapa gerrymandering perlu dilakukan, antaranya adalah:

1) Wakil minoriti: untuk mewujudkan wilayah yang memberi peluang kepada kaum minoriti memerintah sesuatu kawasan. Ini adalah adil kepada mereka dan memberi peluang kepada perwakilan kaum minoriti untuk meletakkan perwakilan mereka di dewan parlimen/rakyat.

2) Peruntukan pembangunan: kawasan yang kurang membangun boleh dimasukkan kedalam wilayah yang mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh. Ini membantu kawasan yang kecil tadi memperolehi peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membangunkan fasiliti yang diperlukan. 

3) Politik: ..

Percaya atau tidak, antara negara yang banyak menggunakan gerrymandering ini adalah negara Amerika. Atas sebab apa mereka melakukan perkara ini, tidaklah kita ketahui.

Kami di Blog Cincai Aje tidak akan mengulas mengenai politik berdasarkan peraturan blog kami di Peraturan Blog Cincai Aje







via: 1

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template