10/8/13

Cincai-cincai aje Alaska dijual kepada Amerika dengan harga USD7.2 Juta

tokeycincai
Ini adalah bukti jelas bahawa walau sehebat mana sesebuah bangsa, tidak menjamin mereka dari tidak melakukan kesalahan yang merugikan.

Pada tahun 1867, Kerajaan Rusia telah menjual Alaska kepada kerajaan Amerika. Syarat-syarat penjualan telah dibincangkan selama sehari suntuk dan akhirnya perjanjian penjualan rasmi ditanda tangani pada pukul 4 pagi pada hari yang sama. Sebab utama kenapa kerajaan Rusia menjual Alaska kepada Amerika adalah kerana pada waktu tersebut Rusia sedang berperang dengan British. Rusia takut Alaska jatuh ke tangan British tanpa mendapat apa-apa pampasan. Oleh itu, menjual Alaska kepada Amerika pada waktu tersebut adalah merupakan jalan yang terbaik pada pendapat Tsar Rusia.

Percaya atau tidak, Alaska telah dijual kepada Amerika dengan harga USD$7.2 juta sahaja, bersamaan 2 sen/se-ekar. Murah sangat-sangat. Walaupun pihak Amerika berjaya membeli Alaska dengan harga yang sangat murah, Orang awam Amerika kebanyakannya mengatakan bahawa pembelian Alaska adalah satu pembaziran. Menurut mereka, Alaska merupakan wilayah yang diliputi ais, kebanyakan penduduk Alaska adalah terdiri dari kaum asli eskimo. Pada masa itu Amerika menghadapi masalah dengan kaum Red Indian dan langkah pembelian wilayah Alaska yang dipenuhi oleh orang asli Alaska, merupakan langkah yang tidak wajar. Ia, ibarat menambah masalah kepada pihak Amerika.

Pendapat penduduk Amerika cuma berubah pada tahun 1896 apabila emas ditemui di Alaska. Kemudiannya, tembaga dan minyak juga banyak dijumpai di wilayah Alaska. Berbaloi..baloi tu.










Wilayah asal Rusia sebelum perjanjian jual beli 1867

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template